Abaikan Soal Bau, Makan Petai Memang Buat Awet Muda Kerana 9 Khasiat Ini



Orang luar memang akan anggap petai ini sebagai makanan yang paling buruk dan busuk sedangkan mereka langsung tidak tahu apa-apa tentang khasiat petai.

Sama seperti sesetengah warga kota yang sudah terdedah kepada makanan moden yang kuranng berkhasiat, hasilnya macam-macam penyakit dihadapi.
Berbeza pula dengan orang kampung atau mereka yang berhijrah ke bandar, kalau tak dapat petai untuk dijadikan ulam-ulaman, memang akan rasa sedikit ‘kureenggg’.
Lebih-lebih lagi kalau dimakan dengan nasi panas, kicap dan belacan. Menu yang ringkas tetapi bersih daripada minyak.

Khasiat rahsia dalam petai

1. Awet muda

Orang asli dan orang dulu-dulu mempercayai dengan makan petai, anda dapat menjadikan muka anda kelihatan lebih awet muda dan sentiasa segara. Dengan makan petai sahaja pun, anda dah tak perlukan ubat mahal-mahal untuk menjaga kulit wajah.

2. Dapat kurangkan stress

Dalam masa sama, makan petai boleh membuatkan anda hilang stress dan dapat lepaskan segala tekanan. Kandungan tryptophan yang terdapat dalam petai juga mampu meredakan permasalahan tersebut fungsi tryptophan ialah memperbaiki mood anda.

3. Atasi anemia

Anemia boleh berlaku jika anda kurang zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anda jadi lesu, kurang bermaya dan kadang-kala ngilu pada bahagian tulang. Oleh itu, petai adalah antara penawarnya kerana mengandungi zat besi yang tinggi untuk mengurangkan masalah kurang darah atau anemia.

4. Cegah serangan strok

Berdasarkan salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine, mereka mendapati amalan makan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan strok dan ia baik untuk kesihatan tubuh.

5. Turunkan suhu dalam badan

Selain berkhasiat untuk awet muda dan tambah zat besi, buah petai juga dikenali sebagai buah penyejuk badan. Dengan makan buah petai, anda akan dapat menyejukkan tubuh badan. Lagi-lagi dalam musim yang agak panas seperti sekarang.

6. Turunkan darah tinggi

Kandungan kalium yang tinggi dalam petai tetapi rendah garam mampu menurunkan masalah darah tinggi dan stabilkan dengupan jantung. Selain itu, petai boleh kurangkan gejala yang disebabkan oleh darah tinggi seperti cepat marah dan senang letih.

7. Melancarkan sistem pencernaan

Petai mengandungi serat yang tinggi. Oleh itu, serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda sekali gus mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut atau pun perut masuk angin.

8. Hilangkan rasa senak sewaktu kenyang

Jika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang sangat mujarab. Ini kerana petai mengandungi antiasid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.

9. Bantu anda berhenti merokok

Anda nak berhenti merokok? Apa kata cuba amalkan makan petai mentah-mentah. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium, dan magnesium yang terkandung di dalam petai dapat membantu menghentikan tabiat atau sangap merokok. Ia juga dapat mempercepatkan kesan penghentian nikotin yang masuk ke dalam tubuh.
Semoga bermanfaat!

Berlangganan update artikel terbaru via email:

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel